NURUL AIN FAROHAH

NURUL AIN FAROHAH

Friday 27 May 2011

Beranilah Kerana Haq!!

Malu.

malu itu sekali lagi menghambat diriku.
mengapa ya?
bukankah dikau perlu berani kerana haq?

ya benar.

namun aku meloncat kerana terasa begitu malu dengan diriku.
oh mungkin aku saja seperti pohon semalu.
terus kuncup terus begitu
bila disentuh melulu

***

tidak.

ini bukan sekadar khayalan semata.
kau lakukan demi siapa?
demi Dia, bukan?
demi apa?
demi Dia, bukan?

lantas perlu apa rasa itu padamu?
menghentikan apa yang kau rasa perlu

ya endah kan saja ya.
kerna kau lebih tau.

****
sekali lagi.
aku melaku
sekali lagi dan lagi
malu itulah aku
namun tidak berhenti
untuk menjadi aku

tidak.
tidak sekali-kali.

******
berdiri aku kerna tuhanku
berani aku kerna tuhanku

bukan ku pinta untuk itu
aku mahu menjaga diriku
semahunya mahu memelihara diriku
seinginnya mahu mengabdi pada-Mu

Engkau Lebih Tahu.
Saatnya aku tahu
Engkau Lebih Tahu
apa yang terbaik untukku
tiada yang pernah tau
apa yang tercipta untukku
di sini di sana bersamaku
selamanya demi menggapai redha-Mu

Moga Allah redha
tindakku yang terbina
tidak diduga
sepantas rasa
tidak di damba
sebegini rasa

semakin lama
aku merasa damai indah kasih-Nya
padaku di dunia ini
terima kasih ya Tuhanku
atas segala kasih sayang-Mu
padaku buat sekian waktu

sembah sujudku pada-Mu Ilahi
aku pasrahkan diriku untuk-Mu
aku hanyalah hambamu
lemah tidak berdaya tanpamu
diri yang penuh dosa
penuh khilafnya
pohon ampunan rahmat Yang Esa

dinihari jumaat
seperti waktu itu
berlegar di minda
sujudku
doaku
pintaku
yang terbaik buatku
duniat akhiratku
Aku berserah segalanya pada-Mu

No comments:

Post a Comment